Tuesday, May 31, 2011

Resepi Blueberry Cheese Tart & Rock Cookies. Sedia menerima tempahan

Hye.
Oleh kerana aku dah free skrg ni. So, aku sgt lah rajin untuk membuat cookies & tart. 3 hari yang lepas dah ade sorang makcik tempah 2 balang Blueberry Cheese Tart untuk Raya. Gigih kan. lama lagi. dia terngiang2 lagi makan time raya tahun lepas. Huhu. && sekarang aku tengah giatkan usaha mempromosikan Cookies aku.
Cookies aku ni simple jee. Sebab, aku guna susu Cair.. Rahsia .. :) tu yang lemak2 sikit kot.

Jomm aku kongsi sikit resepi & sape nak tempah pon okay. (mesti korang terdetik.. kenapa aku share resepi eventhough aku nak jual) .. sebab makin kita share, makin sedap kita punye resepi haha


Resepi Blueberry Cheese Tart



BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum

CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur

CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

RESEPI ROCK COOKIES 


Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g kismis
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga kismis dan kacau
  4. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  5. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Selamat Mencuba dan Saya menerima tempahan. Jom. nak tempah search Facebook saya www.facebook.com/fauzi.boko

See ya!