Friday, June 24, 2011

Resepi Puding Roti Kismis Dan Sos Kastard .Seriously, Menggiurkan

Hye.
Kali ni entry Aku mengenai Bakery product ya. Ia dinamakan Puding Roti Kismis Dan Sos Kastard. Ala, AYng selalu korang tengok kat kedai2 bakery. Daripada korang membazir beringgit2 . baik korang buat Simple resepi ni. Seriously, bukan saje2 tapi boleh buat sarapan, minum ptg ataupun majlis2. Aku suka makan kastard je sebenarnya. Frankly Speaking, Kegilaan Aku pada Kastard tu Sehingga kan aku boleh licin kan Kastard semata2. haha. Usah buang masa, jom kita kongsi dan Cuba buat guna Resepi ini.

Tadaaa.. ini yang dah siap ngan sos Kastard

Ini After Kukus

Ingredients

Puding Roti Kismis (Kukus)
  1. 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
  2. 400-500ml susu segar
  3. 3 sudu besar gula perang lembut
  4. 2 biji telur - dipukul sebati
  5. Kismis/Sultanas
  6. Mentega/marjerin untuk menyapu roti
  7. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad
  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
Directions

untuk menyediakan puding roti
  1. Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
  2. Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
  4. Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti
  5. Kemudian potong empat roti tersebut.
  6. Sapu acuan dengan sedikit mentega.
  7. Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
  8. Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
  9. Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
untuk menyediakan sos kastad
  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
  4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
Selamat Mencuba Guys!
P/S: kalau Boleh Request lah resepi ya. Nanti Aku Update kan. :)

Saturday, June 11, 2011

Pusat SPA Gay Di Johor Di Serbu.

Ihsan Harian Metro.







JOHOR BAHRU: Permintaan tinggi di kalangan lelaki berselera songsang di bandar raya ini dan negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan membuka tiga cawangan pusat urut refleksologi yang turut menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’ kepada pelanggan sejak setahun lalu.
Malah, pusat bertopengkan khidmat urutan sejenis itu langsung tidak mendatangkan syak kerana membabitkan golongan lelaki.

Tidak hairanlah dengan hanya RM35, lelaki bernafsu songsang di bandar raya ini boleh melampiaskan nafsu dengan melanggan tukang urut lelaki yang menawarkan pakej istimewa.

Difahamkan, pelanggan dihiburkan urutan istimewa sambil menonton tayangan video cakera digital (DVD) serta gambar lelaki memberahikan di sebalik tabir setiap bilik serta bayaran ekstra dikenakan untuk pakej tertentu.


Bagaimanapun, kegiatan pusat itu terbongkar apabila premis berkenaan diserbu sepasukan anggota penguat kuasa imigresen Johor, malam kelmarin.



p/s : Kelakarnya. Padan Muka siapa suruh buat kerja yang tak senonoh. Byk lagi SPA yang lain.

Current Worlwide Issue : E-Coli Bacteria Outbreak

Hye,
Here, I want to Share Something About the the E-Coli Bacteria.

" Species of bacterium that normally inhabits the stomach and intestines. When E. coli is consumed in water, milk, or food or is transmitted through the bite of a fly or other insect, it can cause gastrointestinal illness. Mutations can lead to strains that cause diarrhea by giving off toxins, invading the intestinal lining, or sticking to the intestinal wall. Therapy for gastrointestinal illness consists largely of fluid replacement, though specific drugs are effective in some cases. The illness is usually self-limiting, with no evidence of long-lasting effects. However, one dangerous strain causes bloody diarrhea, kidney failure, and death in extreme cases. Proper cooking of meat and washing of produce can prevent infection from contaminated food sources. "

Attributes of E. Coli

E. coli is important to human health because it is a source of vitamins B12 and K, which it manufactures from undigested food in the large intestine. Unlike many other intestinal bacteria, E. coli can survive and grow in the presence of oxygen (although it can also grow without oxygen), which makes it a useful experimental model organism in the laboratory.

Even though E. coli is a single species of bacteria, many different varieties (called strains) of the species exist. Each has different characteristics, and while some are safe model organisms, others can cause potentially deadly disease. This is the case with E. coli 0157:H7, which is considered a dangerous pathoge which can infect humans. This strain is significantly different from the commonly used laboratory strains, which do not cause disease.

Resepi Chicken Gordon Bleu. Lets do It .

Hye
Perut aku memang berkeroncong gila akrg ni.satu je dalam kepala aku skrg ni, Chicken Gordon Bleu. Serius buat aku makin tambah kusut mana nak cari Resepi. Bongkar punya bongkar buku resepi Time belajar dulu. Ya.. itu dia.. Jumpa jugak. Jomm Aku kongsi sikit.


Chicken Gordon Bleu

Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry
Sos perang / Sos cendawan secukupnya

Cara-Cara

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

Thursday, June 2, 2011

X-men First Class. Big Apple. Warung Tepi Jalan. Big Smile

Hye. Baru sempat beb update blog. hehe. 12hours ago hangout with my buddies semata-mata nak tengok X-Men. Memang Terbaik ah. Aku taknak cakap banyak, Just give 4.5 / 5 . Tak terlebih eh kalau aku bagi rating tinggi, coz kali ini memang best storyline dia. Cool. Kalau korang tanya Watak ape yg best. Dengan Confid aku akan sebut Eric (Megneto) . Even dia cruel, tapi dia membela diri dia. ( aku suka dia dlm X-men kali ni je, seterusnya... Naaaa! ) . Watak paling tak bagi function langsung, sah sah Darwin. Watak ala-ala Insang. Ntah pape. mati awal. Choi!

Big Apple terbaik wok!


Memang OHsem! :)
Tak Sedap. Tapi, Rezeki syukur

Lapar Punye pasal. Cari Big Apple. Memang lantak abeh ah kan. hehe. Pastu beli Ice blended Cool Blog buatkan aku moody. why? coz, Shopper dia tu Biadap. Sorry cakap. Aduh, after Pusing2, Kitorg pon balik. Around 9 p.m. aku lapar balik singgah lah kat warung tepi jalan. mak aih! nasi goreng ayam aku memang takde rasa. Seriusly. Xnak komen lebih. aku bg 2/5 jee. Amek kau.

Watever It is, memang Have fun gila ah kuar ngan member aku kali ni. Bukan apa, before memasing buat haluan kan. Lagipon dorg cuti 4 bulan ni ade yg jadi cikgu sementara. Gigih. Aku pula giat mengusahakan Promosi kuih mak aku. Okay lah Guys. Out dulu ya. :)

Wednesday, June 1, 2011

Kek Lapis Jawa. Tapi, Kami Bugis. Jomm mengenali Resepi kek Lapis ini.

Hye. Pergh.. Hari ini memang gigih lah aku nak reveal kan business mak aku sejak dulu lagi. Meh, aku kongsi lagi satu resepi kek lapis jawa yang mak aku jual bila ada org tempah or Hari Raya. Siapa yang setiap tahun beraya rumah aku, memang takkan lepas peluang ah tengok kek lapis ni on table. (Menu wajib mak aku kata) selain burasak dan lepat loi tuh. Especially, member sekolah Rendah + Menengah aku. Since aku bertatih lagi, memang aku dibesarkan dengan duit jualan kuih lah. Syukur rezeki.

Yang weird nya, kami ni Bugis, tapi jual kek lapis jawa. macam mana tu? jawapanya : 1 malaysia. haha. Ni nak cerita. Dulu, time takde mixer. Gigih mak aku guna pemukul telur yang dibuat dari rotan tuh. Pergh korang bayangkan kalau nak tunggu benda2 tuh sebati. berapa lama plak kan. tapi, mak aku memang sorang yang gigih. kalau tak pon, aku gak yg selalu sambung tolong. hehe. (part yg senang je).


RESEPI KEK LAPIS JAWA



Bahan

  • 10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 300gm Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 160gm Tepung Biskut Marie dikisar
  • 50 gm tepung gandum
  • 50gm serbuk santan
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin rendah susu pekat
  • pewarna kuning ( boleh letak ikut suka korang warna)
  • 4 sudu makan asam jawa
  • 150gm gula
  • ¼ cawan air 
Cara Cara

  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  2. Pukul mentega hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
  6. Campur sebati asam jawa, gula dan air
  7. Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
  8. Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mnt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  9. Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  10. Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
  11. Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk. 
P/s : Try lah. Boleh buat bisnes beb. Saje Share, mana tahu boleh korang kaya dengan jual benda ni, tak mustahil.

Penemuan Resepi Baru. Jommm kita Gali Resepi Red Velvet Cake.

Hye.
Meh sini aku nak kongsi resepi baru je aku jumpa ni. Color Merah makngah, Texture dia perghh buat aku leleh beb.. macam sedap jee rasanya. So, after this aku nak try mengexprementasikan Bebarang dapur mak aku buat kek ni. mana tahu jadi. boleh aku jual hehe.kalau tak pon aku buat makan sendiri, apedehal. 


Oh Oh, Tengah syok dengar Lagu Tell Me Your Name by Christian Bautista, tetiba one of my freind ni call bagitahu mcm sedap jee cake ni. So, Dia give me an idea lah. Ask me. Why dont you try to make this cake? ... Terus keluar simbol Dollar $ dalam kepala aku .haha. but, aku terfikir nak makan sendiri jee dulu. Abehlah, Pekakas dapor mak aku kali ni. haha. Nasiblah mak, ade anak lelaki yang suka Pastry & confect. terima jelah ye. Asal makanan tu okay lah . Jgn dok rempit sana sini kan kan.

Resepi Red Velvet Cake


Bahan A – Untuk diayak bersama.
  • 250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
  • 1 tsp baking powder – tak guna
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
  • 240 ml buttermilk
  • 2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
  • 113 gram butter
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan D -
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
  • 227 gram cream cheese Philadelphia
  • 227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan gula ising
  • 360 ml whipped cream
CARA :
  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih 
  3. masukkan telur satu persatu.  
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. 
  5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli.  
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang 
  8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

Buat Topping
  1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.  
  2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati. 
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

P/s : cuba Try .. kot kot korang buat jadi... bagi aku sikit. Hehehe


See Ya!