Tuesday, July 5, 2011

Resepi Raisin Scones.

Hye. Selama aku kerja kat Cold Storage, Aku dah mahir buat Raisin Scones. Benda simple je, tapi rase dia sedap gile. dia kinda like a biscuit tebal, but tahan dalam 3-4 hari lah. sedap. jom kongsi

Bahan-bahan ( 16 biji )

* 500g tepung gandum *diayak
* 1sk soda bikarbonat *diayak
* 2sk cream of tartar *diayak
* 1sk garam
* 125g mentega (yang masih sejuk, dipotong kiub)
* 25g gula caster
* 1biji telur
* 275ml buttermilk
* 50g gula caster (optional)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 220C.
2. Campurkan tepung, soda bikarbonat, cream of tartar dan garam dalam satu mangkuk.
3. Masukkan mentega dan gaul sehingga jadi seperti bread crumbs. Masukkan gula dan gaul sebati.
4. Ketepikan 1/3 telur untuk diglis pada permukaan roti dan selebihnya dicampur bersama buttermilk/fresh milk. Tuangkan ke dalam tepung tadi dan gaul.
5. Uli sedikit di atas permukaan yang lightly floured. Jangan uli lama. Sekadar untuk satukan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Canaikan sehingga menjadi setebal 2cm. Terap guna acuan bulat.
7. Lebihan telur tadi dicampurkan dengan sedikit susu dan digliskan pada permukaan scone.
8. Tabur sedikit gula di atas permukaan scone dan bakar selama 10-12 minit.
9. Hidangkan dengan jem dan whipped cream.

Friday, June 24, 2011

Resepi Puding Roti Kismis Dan Sos Kastard .Seriously, Menggiurkan

Hye.
Kali ni entry Aku mengenai Bakery product ya. Ia dinamakan Puding Roti Kismis Dan Sos Kastard. Ala, AYng selalu korang tengok kat kedai2 bakery. Daripada korang membazir beringgit2 . baik korang buat Simple resepi ni. Seriously, bukan saje2 tapi boleh buat sarapan, minum ptg ataupun majlis2. Aku suka makan kastard je sebenarnya. Frankly Speaking, Kegilaan Aku pada Kastard tu Sehingga kan aku boleh licin kan Kastard semata2. haha. Usah buang masa, jom kita kongsi dan Cuba buat guna Resepi ini.

Tadaaa.. ini yang dah siap ngan sos Kastard

Ini After Kukus

Ingredients

Puding Roti Kismis (Kukus)
  1. 8 keping roti high grain (potong kulit tepinya)
  2. 400-500ml susu segar
  3. 3 sudu besar gula perang lembut
  4. 2 biji telur - dipukul sebati
  5. Kismis/Sultanas
  6. Mentega/marjerin untuk menyapu roti
  7. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla

Sos Kastad
  1. 400ml susu segar (low fat)
  2. 2 sudu besar kastad
  3. 1 1/2 sudu besar gula perang lembut
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
Directions

untuk menyediakan puding roti
  1. Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang. Kacau sehingga gula hancur.
  2. Curahkan susu, dan esen vanilla. Kacau sebati.
  3. Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
  4. Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti
  5. Kemudian potong empat roti tersebut.
  6. Sapu acuan dengan sedikit mentega.
  7. Tabur rata kismis di dasar acuan. Tutupkan dengan lapisan roti. Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
  8. Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu. Ulangi sehingga semua bahan habis.
  9. Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.
untuk menyediakan sos kastad
  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
  4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak
Selamat Mencuba Guys!
P/S: kalau Boleh Request lah resepi ya. Nanti Aku Update kan. :)

Saturday, June 11, 2011

Pusat SPA Gay Di Johor Di Serbu.

Ihsan Harian Metro.







JOHOR BAHRU: Permintaan tinggi di kalangan lelaki berselera songsang di bandar raya ini dan negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan membuka tiga cawangan pusat urut refleksologi yang turut menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’ kepada pelanggan sejak setahun lalu.
Malah, pusat bertopengkan khidmat urutan sejenis itu langsung tidak mendatangkan syak kerana membabitkan golongan lelaki.

Tidak hairanlah dengan hanya RM35, lelaki bernafsu songsang di bandar raya ini boleh melampiaskan nafsu dengan melanggan tukang urut lelaki yang menawarkan pakej istimewa.

Difahamkan, pelanggan dihiburkan urutan istimewa sambil menonton tayangan video cakera digital (DVD) serta gambar lelaki memberahikan di sebalik tabir setiap bilik serta bayaran ekstra dikenakan untuk pakej tertentu.


Bagaimanapun, kegiatan pusat itu terbongkar apabila premis berkenaan diserbu sepasukan anggota penguat kuasa imigresen Johor, malam kelmarin.



p/s : Kelakarnya. Padan Muka siapa suruh buat kerja yang tak senonoh. Byk lagi SPA yang lain.

Current Worlwide Issue : E-Coli Bacteria Outbreak

Hye,
Here, I want to Share Something About the the E-Coli Bacteria.

" Species of bacterium that normally inhabits the stomach and intestines. When E. coli is consumed in water, milk, or food or is transmitted through the bite of a fly or other insect, it can cause gastrointestinal illness. Mutations can lead to strains that cause diarrhea by giving off toxins, invading the intestinal lining, or sticking to the intestinal wall. Therapy for gastrointestinal illness consists largely of fluid replacement, though specific drugs are effective in some cases. The illness is usually self-limiting, with no evidence of long-lasting effects. However, one dangerous strain causes bloody diarrhea, kidney failure, and death in extreme cases. Proper cooking of meat and washing of produce can prevent infection from contaminated food sources. "

Attributes of E. Coli

E. coli is important to human health because it is a source of vitamins B12 and K, which it manufactures from undigested food in the large intestine. Unlike many other intestinal bacteria, E. coli can survive and grow in the presence of oxygen (although it can also grow without oxygen), which makes it a useful experimental model organism in the laboratory.

Even though E. coli is a single species of bacteria, many different varieties (called strains) of the species exist. Each has different characteristics, and while some are safe model organisms, others can cause potentially deadly disease. This is the case with E. coli 0157:H7, which is considered a dangerous pathoge which can infect humans. This strain is significantly different from the commonly used laboratory strains, which do not cause disease.

Resepi Chicken Gordon Bleu. Lets do It .

Hye
Perut aku memang berkeroncong gila akrg ni.satu je dalam kepala aku skrg ni, Chicken Gordon Bleu. Serius buat aku makin tambah kusut mana nak cari Resepi. Bongkar punya bongkar buku resepi Time belajar dulu. Ya.. itu dia.. Jumpa jugak. Jomm Aku kongsi sikit.


Chicken Gordon Bleu

Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry
Sos perang / Sos cendawan secukupnya

Cara-Cara

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

Thursday, June 2, 2011

X-men First Class. Big Apple. Warung Tepi Jalan. Big Smile

Hye. Baru sempat beb update blog. hehe. 12hours ago hangout with my buddies semata-mata nak tengok X-Men. Memang Terbaik ah. Aku taknak cakap banyak, Just give 4.5 / 5 . Tak terlebih eh kalau aku bagi rating tinggi, coz kali ini memang best storyline dia. Cool. Kalau korang tanya Watak ape yg best. Dengan Confid aku akan sebut Eric (Megneto) . Even dia cruel, tapi dia membela diri dia. ( aku suka dia dlm X-men kali ni je, seterusnya... Naaaa! ) . Watak paling tak bagi function langsung, sah sah Darwin. Watak ala-ala Insang. Ntah pape. mati awal. Choi!

Big Apple terbaik wok!


Memang OHsem! :)
Tak Sedap. Tapi, Rezeki syukur

Lapar Punye pasal. Cari Big Apple. Memang lantak abeh ah kan. hehe. Pastu beli Ice blended Cool Blog buatkan aku moody. why? coz, Shopper dia tu Biadap. Sorry cakap. Aduh, after Pusing2, Kitorg pon balik. Around 9 p.m. aku lapar balik singgah lah kat warung tepi jalan. mak aih! nasi goreng ayam aku memang takde rasa. Seriusly. Xnak komen lebih. aku bg 2/5 jee. Amek kau.

Watever It is, memang Have fun gila ah kuar ngan member aku kali ni. Bukan apa, before memasing buat haluan kan. Lagipon dorg cuti 4 bulan ni ade yg jadi cikgu sementara. Gigih. Aku pula giat mengusahakan Promosi kuih mak aku. Okay lah Guys. Out dulu ya. :)

Wednesday, June 1, 2011

Kek Lapis Jawa. Tapi, Kami Bugis. Jomm mengenali Resepi kek Lapis ini.

Hye. Pergh.. Hari ini memang gigih lah aku nak reveal kan business mak aku sejak dulu lagi. Meh, aku kongsi lagi satu resepi kek lapis jawa yang mak aku jual bila ada org tempah or Hari Raya. Siapa yang setiap tahun beraya rumah aku, memang takkan lepas peluang ah tengok kek lapis ni on table. (Menu wajib mak aku kata) selain burasak dan lepat loi tuh. Especially, member sekolah Rendah + Menengah aku. Since aku bertatih lagi, memang aku dibesarkan dengan duit jualan kuih lah. Syukur rezeki.

Yang weird nya, kami ni Bugis, tapi jual kek lapis jawa. macam mana tu? jawapanya : 1 malaysia. haha. Ni nak cerita. Dulu, time takde mixer. Gigih mak aku guna pemukul telur yang dibuat dari rotan tuh. Pergh korang bayangkan kalau nak tunggu benda2 tuh sebati. berapa lama plak kan. tapi, mak aku memang sorang yang gigih. kalau tak pon, aku gak yg selalu sambung tolong. hehe. (part yg senang je).


RESEPI KEK LAPIS JAWA



Bahan

  • 10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
  • 300gm Gula Halus
  • 450gm Mentega
  • 160gm Tepung Biskut Marie dikisar
  • 50 gm tepung gandum
  • 50gm serbuk santan
  • 1 s/t baking powder
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 tin rendah susu pekat
  • pewarna kuning ( boleh letak ikut suka korang warna)
  • 4 sudu makan asam jawa
  • 150gm gula
  • ¼ cawan air 
Cara Cara

  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
  2. Pukul mentega hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
  6. Campur sebati asam jawa, gula dan air
  7. Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
  8. Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mnt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  9. Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
  10. Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
  11. Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk. 
P/s : Try lah. Boleh buat bisnes beb. Saje Share, mana tahu boleh korang kaya dengan jual benda ni, tak mustahil.

Penemuan Resepi Baru. Jommm kita Gali Resepi Red Velvet Cake.

Hye.
Meh sini aku nak kongsi resepi baru je aku jumpa ni. Color Merah makngah, Texture dia perghh buat aku leleh beb.. macam sedap jee rasanya. So, after this aku nak try mengexprementasikan Bebarang dapur mak aku buat kek ni. mana tahu jadi. boleh aku jual hehe.kalau tak pon aku buat makan sendiri, apedehal. 


Oh Oh, Tengah syok dengar Lagu Tell Me Your Name by Christian Bautista, tetiba one of my freind ni call bagitahu mcm sedap jee cake ni. So, Dia give me an idea lah. Ask me. Why dont you try to make this cake? ... Terus keluar simbol Dollar $ dalam kepala aku .haha. but, aku terfikir nak makan sendiri jee dulu. Abehlah, Pekakas dapor mak aku kali ni. haha. Nasiblah mak, ade anak lelaki yang suka Pastry & confect. terima jelah ye. Asal makanan tu okay lah . Jgn dok rempit sana sini kan kan.

Resepi Red Velvet Cake


Bahan A – Untuk diayak bersama.
  • 250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
  • 1 tsp baking powder – tak guna
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
  • 240 ml buttermilk
  • 2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
  • 113 gram butter
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan D -
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
  • 227 gram cream cheese Philadelphia
  • 227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan gula ising
  • 360 ml whipped cream
CARA :
  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih 
  3. masukkan telur satu persatu.  
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. 
  5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli.  
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang 
  8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

Buat Topping
  1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.  
  2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati. 
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

P/s : cuba Try .. kot kot korang buat jadi... bagi aku sikit. Hehehe


See Ya!

Tuesday, May 31, 2011

Resepi Blueberry Cheese Tart & Rock Cookies. Sedia menerima tempahan

Hye.
Oleh kerana aku dah free skrg ni. So, aku sgt lah rajin untuk membuat cookies & tart. 3 hari yang lepas dah ade sorang makcik tempah 2 balang Blueberry Cheese Tart untuk Raya. Gigih kan. lama lagi. dia terngiang2 lagi makan time raya tahun lepas. Huhu. && sekarang aku tengah giatkan usaha mempromosikan Cookies aku.
Cookies aku ni simple jee. Sebab, aku guna susu Cair.. Rahsia .. :) tu yang lemak2 sikit kot.

Jomm aku kongsi sikit resepi & sape nak tempah pon okay. (mesti korang terdetik.. kenapa aku share resepi eventhough aku nak jual) .. sebab makin kita share, makin sedap kita punye resepi haha


Resepi Blueberry Cheese Tart



BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum

CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur

CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

RESEPI ROCK COOKIES 


Bahan-bahan ( 100 biji )

  • 450g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 250g mentega
  • 115g gula halus
  • 110g gula perang
  • 100g kismis
  • 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga kismis dan kacau
  4. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  5. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Selamat Mencuba dan Saya menerima tempahan. Jom. nak tempah search Facebook saya www.facebook.com/fauzi.boko

See ya!

Saturday, April 16, 2011

| Memoribilia Degree |

Salam,
lama gile dah aku rasa tak update blog ni since internet connection kat rumah aku slow... haish.. nak harapakn streamyx .. adeyh.. boleh plak kata no connection in my area.. What THe FisH! ...

Oh rasenye aku dah hampir sampai ke penghujung study aku nih since 5 years ago.. a lot of thing aku dpt belajar and experienced through education...seriusly...

bermacam ragam gak aku jumpa... ade yg hypocrite.. ade yang slow but steady.. ade yg rushing .. haish..(lantak korang lah...) ...
wateva it is the most beautiful things i ever had is with all of my fren here in UiTM... hence, disinilah kita belajar untuk berdikari.. belajar menyelami perasaan org lain.. time ni jugaklah time yang paling sesuai untuk sakitkan hati org n bertekak... HAHA (jahatnya kamu )

" Sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan dan sesudah tangisan ada kesenangan, sesudah malam adanya siang, mendung kesusahan akan segera lenyap, malam kesusahan akan jadi terang, semua bencana pasti akan lenyap, segala kesulitan pasti akan berakhir dengan izin ALLAH... Esok akan merekahlah bunga yang harum aromanya, mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain. Menerjuni api perjuangan yang tidak pernah nyala, demi mencari redha dan kasih Ilahi..."

dan selepas ni aku akan bergerak n meniti ke dunia baru.. dunia pekerjaan.. apakah challanges yang aku akan hadapi.. xsiapa ketahui hurmmm... yang penting be myself all the way.. n all is well!


fauziboko

Friday, January 14, 2011

Mana boleh ikot jalan salah. (MISTIK). aku terseksa. kau yang binasa.

hyep!



aiyaa.. tahniah kat Ana Rafali sebab menang AJL25 rituh. thumbs Up.. hehe. kau lah juara lagu. haha. lagu je. tu pon ade org yang nak pertikaikan. lantak dia lah menenag sekali pon. hasil karya dia. korang tak rase ke yang dia akan terasa bila korang buat kelab benci dia sume. ape lah. ini lah melayu. pantang tengok orang senang..
btw, ini satu kisah. mak n ayah aku berniaga sarapan. kedai makan pagi lah. before this, everyday Syukur Alhamdulillah. sume makanan habis terjual lah. kalau tak pon sikit je lah yang baki nye. pernah sekali cuti 3hari. then kembali semula berniaga.. then keuntungan merosot gile. aku mak n ayah aku assume biasalah takde rezeki. n after that, ade lah paklong aku . dia ni pandai bab2 nampak benda2 halus sikit ni or ade naluri lah. ckp ngan mak aku. hati2 ye. ade org kenakan kau. .. (based ape yang mak aku cite ah). so, bila ade org dengki. jumpa lah org yang pakar sikit bab ni.(ikhtiar je. mane taahu berkesan kan).. berderau darah aku bila pakar tuh ckp ade org tanam or letak sumthing kat tapak niaga ko sampai semua taknak singgah.


pergghh! mak aku cite kat aku. sebak aku dengar.. kalau si pembuat tu nak untung sekali pon. ubah lah menu kau ke ape. jgn buat benda yang sama. sah2 lah org bosan. lain kali amek kos Foodservice mcm aku. belajar MENU ENGINEERING. baru lah mantap kedai kau. bingai. adehh! ..jgn sampai mak n ayah aku sakit sudah. NAHAS kau! huhu
insaf2 lah melayu sekalian oi. aku bukan ape. bukan senang nak tengok org melayu senang kalau benda macam ni kecik pon korang iri hati. aduh. pemikiran ubah lah sikit. ..(merujuk kat aku sekali haha). sakit hati betol. bila melibatkan perkara2 mistik ni. emm. sabo je family aku ni.

p/s : jangan dengki. nanti ko yang mati. jgn buat aku terseksa kau yang binasa. Ingat TUHAN.

Thursday, January 6, 2011

:: Cupcake Mania ::

Salam. anyway, Selamat Tahun baru 2011. aku ni tengah dok duduk2. tetiba terpikir tentang cupcake. mesti sedap kan kalau buat. emm. pastu makan waktu petang ngan air kopi or teh. 


INI RESEPI :


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200 g butter
  • 160 g gula kaster (resepi sebenar guna 180 g)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 220 g tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara

  1. Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
  2. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
  4. Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
  5. Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.
  6. Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.

Try it . mana tahu boleh buat bisnes? hehehe