Saturday, June 11, 2011

Resepi Chicken Gordon Bleu. Lets do It .

Hye
Perut aku memang berkeroncong gila akrg ni.satu je dalam kepala aku skrg ni, Chicken Gordon Bleu. Serius buat aku makin tambah kusut mana nak cari Resepi. Bongkar punya bongkar buku resepi Time belajar dulu. Ya.. itu dia.. Jumpa jugak. Jomm Aku kongsi sikit.


Chicken Gordon Bleu

Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry
Sos perang / Sos cendawan secukupnya

Cara-Cara

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

No comments: