Wednesday, June 1, 2011

Penemuan Resepi Baru. Jommm kita Gali Resepi Red Velvet Cake.

Hye.
Meh sini aku nak kongsi resepi baru je aku jumpa ni. Color Merah makngah, Texture dia perghh buat aku leleh beb.. macam sedap jee rasanya. So, after this aku nak try mengexprementasikan Bebarang dapur mak aku buat kek ni. mana tahu jadi. boleh aku jual hehe.kalau tak pon aku buat makan sendiri, apedehal. 


Oh Oh, Tengah syok dengar Lagu Tell Me Your Name by Christian Bautista, tetiba one of my freind ni call bagitahu mcm sedap jee cake ni. So, Dia give me an idea lah. Ask me. Why dont you try to make this cake? ... Terus keluar simbol Dollar $ dalam kepala aku .haha. but, aku terfikir nak makan sendiri jee dulu. Abehlah, Pekakas dapor mak aku kali ni. haha. Nasiblah mak, ade anak lelaki yang suka Pastry & confect. terima jelah ye. Asal makanan tu okay lah . Jgn dok rempit sana sini kan kan.

Resepi Red Velvet Cake


Bahan A – Untuk diayak bersama.
  • 250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
  • 1 tsp baking powder – tak guna
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
  • 240 ml buttermilk
  • 2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
  • 113 gram butter
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan D -
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
  • 227 gram cream cheese Philadelphia
  • 227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan gula ising
  • 360 ml whipped cream
CARA :
  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih 
  3. masukkan telur satu persatu.  
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. 
  5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli.  
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang 
  8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

Buat Topping
  1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.  
  2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati. 
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

P/s : cuba Try .. kot kot korang buat jadi... bagi aku sikit. Hehehe


See Ya!

1 comment:

no display name said...

salam, thank for sharing..bole tnye tak..tepung kek tu mcm mne ek?..ade perisa ke?